7 November 2012
Dewan terbuka SKPI
Pihak Sekolah bersama PIBG telah menganjurkan satu jamuan makan untuk meraikan para waris serta pelajar-pelajar cemerlang ko-kurikulum. Para pelajar ini telah mengharumkan nama SKPI dalam bidang ko kurikulum dan sukan. Di antaranya adalah pasukan hoki, pasukan bola sepak, pasukan bola baling, pasukan bola jaring, pasukan ragbi, pasukan nasyid, pasukan bahasa berirama dan bidang ko-kurikulum yang lain.
Friday, November 9, 2012
Thursday, November 8, 2012
Hari Kanak-Kanak 2012
Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah disambut pada 7 Nov 2012. Beberapa aktiviti telah dijalankan :- Sukaneka, menonton tayangan gambar kartun, persembahan murid dan ais krim percuma.
Wednesday, November 7, 2012
Kejohanan Pembangunan Ragbi Bawah 11 Tahun (Sirkit 3)-2012
Kejohanan Pembangunan Ragbi Bawah 11 Tahun (Sirkit 3)-2012
bertempat di SK Penghulu Haji Darus, Jitra, Kedah
Sekolah yang terlibat adalah 18 pasukan dari Kedah, 1 pasukan dari Perlis dan 1 pasukan dari Pulau Pinang (iaitu SK Permai Indah)
Keputusan
Johan - SK Oran, Perlis
Naib Johan - SK Tunjang, Kedah
Tempat Ke-3 - SK Permai Indah, Pulau Pinang dan SK Penghulu Hj Darus, Kedah
bertempat di SK Penghulu Haji Darus, Jitra, Kedah
Sekolah yang terlibat adalah 18 pasukan dari Kedah, 1 pasukan dari Perlis dan 1 pasukan dari Pulau Pinang (iaitu SK Permai Indah)
Keputusan
Johan - SK Oran, Perlis
Naib Johan - SK Tunjang, Kedah
Tempat Ke-3 - SK Permai Indah, Pulau Pinang dan SK Penghulu Hj Darus, Kedah
Tuesday, November 6, 2012
Keputusan UPSR 2012
KENYATAAN AKHBAR
Keputusan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Tahun 2012 akan diumumkan pada
19 November 2012 [Isnin].
Klik di sini. UPSR 2012
Monday, November 5, 2012
Sunday, November 4, 2012
Lukisthon 2012
Hari Lukisthon SKPI telah diadakan pada 3 Nov 2012 yang telah dirasmikan oleh En Mohamad Ali B. Mohamad Jelani [Pegawai Sukan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang].
Saturday, November 3, 2012
Kem Sahsiah Bestari
2~3 Nov 2012
Kem Sahsiah Bestari yang melibatkan para pelajar Tahun 6 telah berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di SKPI.
Kem Sahsiah Bestari yang melibatkan para pelajar Tahun 6 telah berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di SKPI.
Thursday, November 1, 2012
Persediaan Sebelum Aktiviti Perkhemahan
Berkhemah adalah penghidupan di luar dari rumah anda sendiri. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tangggungjawab tertentu seperti pengurusan makanan, perlindungan serta melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara berkumpulan, maka perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.
Tujuan Perkhemahan
Peraturan Semasa Perkhemahan
Tujuan Perkhemahan
- Meningkatkan kecekapan dan kendiri.
- Menghayati erti batasan kehidupan.
- Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
- Meningkatkan semangat kekitaan dan disiplin.
- Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.
Peraturan Semasa Perkhemahan
- Semasa perkhemahan, anda hendaklah menjalinkan persahabatan, kenal-mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.
- Anda diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
- Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain.
- Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.
- Dilarang menebang atau merosakkan pokokpokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.
- Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
- Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
- Anda tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masingmasing, selepas jam 12.00 tengah malam.
- Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
- Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
- Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
- Anda yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Urusetia.
SELAMAT BERKHEMAH
Rekacipta Model Dari Bahan Terbuang
Aktiviti 'Mereka-Cipta Model dari Bahan Terbuang' telah diadakan pada 30-31 Okt 2012. Pelajar yang terlibat adalah murid Tahun 6. Aktiviti ini dikendalikan oleh Panitia Kemahiran Hidup.
Subscribe to:
Posts (Atom)
































