Majlis Perpisahan Ust. Zawawi dan Cikgu Fazidah Zainon.
Saturday, February 28, 2015
Friday, February 27, 2015
Ceramah Kesihatan
Tarikh - 27 Feb 2015
Tajuk - Ceramah Kesihatan
Masa - 9.00 -10.00 pagi
Tempat - Dewan SKPI
Sasaran - Murid Tahun 4 dan 5
Penceramah - Pegawai Pejabat Kesihatan
Tajuk - Ceramah Kesihatan
Masa - 9.00 -10.00 pagi
Tempat - Dewan SKPI
Sasaran - Murid Tahun 4 dan 5
Penceramah - Pegawai Pejabat Kesihatan
Majlis Bacaan Yassin bersama warga emas
Satu majlis Bacaan Yassin murid dan guru SKPI bersama warga emas setempat telah diadakan pada 27 Februari. Bermula kira-kira pukul 7.30 pagi, para guru dan murid SKPI berkumpul di dataran bersama beberapa orang warga emas setempat untuk membaca Surah Yasin.
Tujuan program ini dijalankan adalah bagi membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi warga emas di kalangan murid-murid SKPI.
Tujuan program ini dijalankan adalah bagi membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi warga emas di kalangan murid-murid SKPI.
Tuesday, February 17, 2015
Pameran Bertema PSS ^ Literasi Maklumat
PSS SKPI mengadakan satu mini pameran bertemakan "Sambutan Tahun Baru Cina" sepanjang 18 Feb sehingga 5 Mac.
Tujuan pameran ini adalah untuk
- memberi pendedahan serta pengetahuan kepada para pelajar tentang Perayaan Tahun Baru Cina
- memupuk sifat tolenrasi dalam kehidupan masyarakat majmuk
- menghormati agama serta adat bangsa yang lain
- mendedah para pelajar kepada teknik mencari maklumat dan pembelajaran kendiri
Cara Pelaksanaan
Para pelajar akan
- mengunjungi sudut pameran dan mendapat info dan maklumat daripada bahan yang dipamerkan.
- membaca buku-buku yang berkaitan yang ditempatkan di ruang pameran tersebut.
- menjawab soalan-soalan kuiz
- mencari maklumat lanjutan mengenai topik tersebut melalui buku dan internet.
- membuat ayat serta mengarang (BM/BI)
- menghasilkan hasil kraf tangan perayaan masyarakat Cina (DSV)
- meneka jumlah angpau dalam bekas (M3)
(Video - klik di atas)
Saturday, February 14, 2015
Mesyuarat Agung PIBG SKPI ke-13
14 Februari 2015
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Permai Indah kali ke-13, telah disempurnakan. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Ismail bin Hj Harun, Penolong Pengarah Negeri Jusa C, Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Pulau Pinang.
Agenda
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Permai Indah kali ke-13, telah disempurnakan. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Ismail bin Hj Harun, Penolong Pengarah Negeri Jusa C, Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Pulau Pinang.
Agenda
- Pesanan Pengerusi Majlis
- Pembentangan & Penerimaan Minit Mesyuarat Mesyuarat Agung ke-12
- Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan
- Pembentangan, Penerimaan & meluluskan Penyata Kewangan
- Pembentangan, Membahas dan Menerima usul
- Pembubaran AJK PIBG sesi 2014-15
- Pemilihan Pelantikan AJK PIBG 2015-16
- Ucapan Penangguhan
- Penangguhan Mesyuarat
Video-Klik di atas
Friday, February 13, 2015
Notis Mesyuarat Agung PIBG SKPI ke 13
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SKPI kali ke 13 akan diadakan seperti ketepan berikut.
Tarikh : 14 Februari 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SKPI
Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13 ini.
Tuesday, February 10, 2015
Nilam SKPI
'NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca
merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah
dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan
program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan
markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program
ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk
membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah
urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program
ini. Program ini telah mula dilaksanakan
dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di
sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca
bertarikh 22 Mei 1998.
OBJEKTIF
• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana
idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca ini
KOMPONEN YANG
TERDAPAT DALAM PROGRAM NILAM
• Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai
dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan
mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke
dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan
serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua
guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan
diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM
untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan
diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk
dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi
Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia .
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat
Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada
murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka
mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan
buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku
yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
TAHAP-TAHAP DALAM PROGRAM NILAM
TAHAP JAUHARI
Tahap Jauhari menggalakkan
murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat
persekolahan :
Sekolah Rendah
Murid pada peringkat ini
wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar
(Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai
tahap pembacaan seperti berikut :
Jumlah Buku
|
Pengiktirafan
|
90 -
179
|
Gangsa
|
180 -
269
|
Perak
|
270 -
359
|
Emas
|
360 ke
atas
|
NILAM
|
TAHAP RAKAN PEMBACA
Ianya mengutamakan aspek
kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid
layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid
membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun
aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi
aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan
jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan
mengikut kesesuaian umur murid seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5
markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5
markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5
markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5
peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan
Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran
RP :
Jumlah markah
aktiviti
|
Pengiktirafan
|
100 –
199
|
Gangsa
|
200–
299
|
Perak
|
300 –
399
|
Emas
|
400 ke atas
|
NILAM
|
SUMBER
http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/214-program-nilam.html
PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAI INDAH
Di peringkat
sekolah, murid-murid SKPI yang melibatkan diri secara aktif dalam Program NILAM
akan diberikan ganjaran dan pengiktirafan seperti berikut :
·
Trofi Pembaca Terbanyak Bulanan Setiap Aliran
(Tahun 1 sehingga 6)
·
Plak Tokoh NILAM 2015 pada
Hari Anugerah Cemerlang pada bulan November.
# Pengiktirafan diberikan mengikut jumlah buku yang dibaca oleh
murid-murid melalui
evidens Rekod Bacaan Nilam yang lengkap,
kemas serta disemak/ditandatangani oleh guru
pembimbing.
AKTIVITI-AKTIVITI
YANG BOLEH DIJALANKAN DALAM PROGRAM NILAM
- Waktu Perpustakaan – peruntukan satu jam seminggu untuk setiap kelas menggunakan perpustakaan yang diiringi oleh guru BM masing-masing.
- Projek Pukal - setiap kelas dibenarkan untuk meminjam 50-60 buah buku melalui guru untuk aktiviti bacaan dalam bilik darjah.
- Pinjaman buku Tahap 2 pada waktu rehat kedua untuk murid Tahun 4-6 dengan menggunakan kad EKK iaitu sebuah buku untuk tempoh seminggu.
- Pinjaman Buku Tahap 1 – melalui guru kelas/guru BM/guru BI
- Perpustakaan Bergerak PPNPP – pinjaman buku boleh dilakukan dua kali sebulan (Rabu) dengan menggunakan kad ahli PPNPP
- Bicara Buku - Murid digalakkan membaca sebuah buku dan berhimpun untuk membincangkan secara kritis tentang isu-isu dan persoalan yang timbul dalam buku tersebut pada waktu senggang
- Anotasi buku - Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.
- Bercerita – Murid-murid digalakkan untuk bercerita tentang cerita dari buku-buku yang pernah dibaca.
- Jejak Maklumat - Murid dikehendaki mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan buku atau isi sesebuah buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah atau sumber bacaan di kawasan yang disediakan
NAMA MENTOR NILAM SKPI
|
KELAS
|
PN ZARITA
BT JAAFAR
|
2 IXORA, 3
RAFFLESIA
|
PN
NORHAYATI BT AHMAD
|
2
RAFFLESIA, 1 JASMINE
|
EN MD
TASNIM B MD KHALIM
|
2 JASMINE,
5 CAMELLIA
|
PN
HALIMATUN SAADIAH BT HARUN
|
2
ALLAMANDA, 5 JASMINE
|
EN BIDIN B
AWANG
|
2 CAMELLIA,
3 CAMELLIA
|
PN ROSNITA
BT JAAFAR
|
3 IXORA, 1
ALLAMANDA
|
PN
NORFAZIDA BT JAB
|
3 JASMINE,
1 RAFFLESIA
|
EN. MD
FAZLI B MD YUSUFF
|
3 ALLAMANDA
|
EN RAZALI
BIN ABAS
|
4
RAFFLESIA, 5 RAFFLEISA,
6 RAFFLESIA
|
EN CHE
ZAINAL ABIDIN B ABDULLAH
|
4 IXORA, 6
JASMINE
|
EN MOHD
NAZRI BIN ISHAK
|
4 JASMINE,
6 ALLAMANDA
|
PN
ROSLELAWATI BT OMAR
|
4 ALLAMANDA
|
PN SABARIAH
BT DON
|
5 IXORA, 5
ALLAMANDA, 6 IXORA
|
PN NOR
MARINI BT MOHAMAD
|
1 IXORA
|
EN MOHD
RODZI B ABDUL RAZAK
|
1 CAMELLIA
|
Monday, February 9, 2015
Pelancaran i-Nilam & Pelantikan Mentor Nilam SKPI
Pagi Isnin bersamaan 9 Februari 2015, berlangsung Majlis Pelancaran i-Nilam SKPI
Gimik Pelancaran i-Nilam SKPI 2015
Penyerahan Fail Kutipan Rekod Bacaan Murid kepada guru mentor Nilam
Senarai Mentor Nilam SKPI 2015
NAMA
PEMBIMBING
|
KELAS
|
PN ZARITA
BT JAAFAR
|
2 IXORA, 3
RAFFLESIA
|
PN
NORHAYATI BT AHMAD
|
2
RAFFLESIA, 1 JASMINE
|
EN MD
TASNIM B MD KHALIM
|
2 JASMINE,
5 CAMELLIA
|
PN
HALIMATUN SAADIAH BT HARUN
|
2
ALLAMANDA, 5 JASMINE
|
EN BIDIN B
AWANG
|
2 CAMELLIA,
3 CAMELLIA
|
PN ROSNITA
BT JAAFAR
|
3 IXORA, 1
ALLAMANDA
|
PN
NORFAZIDA BT JAB
|
3 JASMINE,
1 RAFFLESIA
|
EN. MD
FAZLI B MD YUSUFF
|
3 ALLAMANDA
|
EN RAZALI
BIN ABAS
|
4
RAFFLESIA, 5 RAFFLEISA,
6 RAFFLESIA
|
EN CHE
ZAINAL ABIDIN B ABDULLAH
|
4 IXORA, 6
JASMINE
|
EN MOHD
NAZRI BIN ISHAK
|
4 JASMINE,
6 ALLAMANDA
|
PN
ROSLELAWATI BT OMAR
|
4 ALLAMANDA
|
PN SABARIAH
BT DON
|
5 IXORA, 5
ALLAMANDA, 6 IXORA
|
PN NOR
MARINI BT MOHAMAD
|
1 IXORA
|
EN MOHD
RODZI B ABDUL RAZAK
|
1 CAMELLIA
|
Subscribe to:
Posts (Atom)