Ihya Ramadhan telah dijalankan pada 20 Julai 2012.
Saturday, July 21, 2012
Friday, July 20, 2012
Monday, July 16, 2012
Karnival Hoki Mini 2012
Pasukan Hoki SK Permai Indah sekali lagi berjaya memperolehi kejayaan di dalam Karnival Hoki Mini (Perbangunan MSSPP 11 TKB).
Keputusan
Pasukan Lelaki - Johan
Pasukan Perempuan - Naib Johan
Tahniah diucapkan.
Keputusan
Pasukan Lelaki - Johan
Pasukan Perempuan - Naib Johan
Tahniah diucapkan.
Kejohanan Bola Sepak B10 2012
Kejohanan Bawah 10 Tahun dianjukan oleh Akademik Bola Sepak SK Pauh Jaya dengan kerjasama PIBG & PPD Tendah.
Berlangsung di Padang Politeknik Seberang Perai pada 14-15 Julai 2012. Sebanyak 32 pasukan bertanding dan SKPI berjaya mengondol tempat ke-4. TAHNIAH kepada pasukan SKPI

Saturday, July 14, 2012
Kebocoran Siling di PSS
Kerosakan Siling di Perpustakaan akibat air.
Masalah tersebut mula berlaku apabila tangki air yang terletak tepat di atas bangunan Pusat Sumber berlaku kebocoran. Akibat ditelan usia, saluran paip yang menghubungkan tangki air kepada kawasan sekolah telah mengalami kebocoran. Air meresap masuk ke dalam ruang bacaan Pusat Sumber dari bahagian siling. Beberapa bahagian siling menjadi lembap dan rentak akibat terdedah kepada air. Keadaan menjadi serius apabila air kelihatan menitis dari siling yang reput di mana tangki air ditempatkan di atas bumbung.
Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mencari punca kebocoran paip. Kerja-kerja pemasangan paip baru telah dijalankan untuk mengantikan paip yang rosak.
Lantai simen dikorek untuk mencari punca cantuman paip
Lantai telah ditampal
Masalah kebocoran telah diatasi setelah kerja-kerja pembaikan dilakukan. Akan tetapi, keadaan siling di ruang perpustakaan tidak dapat digantikan kerana tiada peruntukan.
Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya terdapat para dermawan yang sanggup menghulurkan bantuan untuk membaiki siling tersebut.
Sila hubungi pihak sekolah di talian 04-5023357. Terima kasih.
Masalah tersebut mula berlaku apabila tangki air yang terletak tepat di atas bangunan Pusat Sumber berlaku kebocoran. Akibat ditelan usia, saluran paip yang menghubungkan tangki air kepada kawasan sekolah telah mengalami kebocoran. Air meresap masuk ke dalam ruang bacaan Pusat Sumber dari bahagian siling. Beberapa bahagian siling menjadi lembap dan rentak akibat terdedah kepada air. Keadaan menjadi serius apabila air kelihatan menitis dari siling yang reput di mana tangki air ditempatkan di atas bumbung.
Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mencari punca kebocoran paip. Kerja-kerja pemasangan paip baru telah dijalankan untuk mengantikan paip yang rosak.
Kesan retak pada siling
Kesan lembapan air pada siling
Gantian paip baru
Barang perkakas untuk kerja-kerja pembaikanLantai simen dikorek untuk mencari punca cantuman paip
Saluran paip yang lama
Saluran Paip baruLantai telah ditampal
Masalah kebocoran telah diatasi setelah kerja-kerja pembaikan dilakukan. Akan tetapi, keadaan siling di ruang perpustakaan tidak dapat digantikan kerana tiada peruntukan.
Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya terdapat para dermawan yang sanggup menghulurkan bantuan untuk membaiki siling tersebut.
Sila hubungi pihak sekolah di talian 04-5023357. Terima kasih.
Wednesday, July 11, 2012
Tuesday, July 10, 2012
Senarobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
10 Julai 2012, Selasa
Senamrobik Serentak 1Murid ISukan IMalaysia (1Malaysia 1Student 1Sport) telah berlangsung di dataran SKPI tepat jam 8.00 pagi. Warga sekolah yang terdiri daripada guru seramai 57 orang berserta 850 orang pelajar telah sama-sama melakukan senaman yang diiringi muzik.
Acara senamrobik ini dijalankan serentak di semua sekolah di seluruh negara yang telah dirasmikan oleh
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau telah menyeru supaya murid-murid sekolah menceburi dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan menurut dasar 1Murid 1Sukan. Budaya bersukan di sekolah haruslah dipupuk.

Sunday, July 1, 2012
Tandas 5-Mutiara
Pertandingan Tandas Lima Mutiara Sekolah Rendah & Menengah 2012
Ianya berfokus kepada tatacara penggunaan dan penjagaan kebersihan secara menyeluruh oleh warga sekolah.
Tarikh Perlaksanaan - Julai~September 2012
Objektif
-memberi kesedaran kepada warga sekolah mengenai kepentingan amalan kebersihan yang menyumbang kepada kesihatan tubuh badan.
-menggalakkan warga sekolah untuk menjaga serta mengekalkan kebersihan dan kekemasan tandas bersih sepanjang masa
-memberi peluang kepada warga sekolah untuk membuat perubahan sikap pengguna dan penambahbaikan peraturan yang sedia ada.
-memberi keselesaan kepada semua pengguna
SKPI mengambil peluang ini untuk menyertai pertandingan tersebut. Para guru telah bekerjasama untuk menjalankan tugas menceriakan tandas-tandas di sekolah ini. Tandas sekolah telah dinamakan sebagai "Hentian Lega".

Subscribe to:
Posts (Atom)