Tuesday, April 30, 2013

Agihan Rumah Sukan 2013

Pagi tadi, dijalankan pembahagian murid-murid Tahun 3-6 kepada Rumah Sukan masing-masing yang terdiri daripada empat rumah iaitu Rumah Syahbandar {Biru}, Temenggung {Kuning}, Laksamana {Hijau}dan Bendahara {Merah}.
Pemilihan Ketua/Penolong Rumah serta AJK turut diadakan.
 Rumah Merah
 Rumah Kuning
Rumah Hijau
 Rumah Biru
Perlantikan Ketua Rumah sedang dijalankan

Friday, April 26, 2013

Hari Persekolahan Sabtu 27 April

SABTU 27 APRIL 2013 merupakan hari persekolahan bagi menggantikan cuti sempena Perayaan Tahun Baru Cina berdasarkan surat Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 19 Februari 2013.


Semua pelajar dikehendaki hadir ke sekolah menggunakan jadual waktu hari Jumaat.

Thursday, April 25, 2013

Bahasa Berirama Karnival BM Kelompok R19

Pasukan Bahasa Berirama SKPI berjaya menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Bahasa Berirama Karnival Bahasa Malaysia Kelompok R19 yang diadakan di SK Alma pada 24 April.  Pasukan seramai 35 orang pelajar Tahun 4 ini telah dibimbing oleh Cikgu Mashithoh
PSS mengucapkan tahniah kepada team SKPI ini. 






Monday, April 22, 2013

Selamat Datang Guru Besar Baru

Selamat Datang Guru Besar Baru SK Permai Indah.
Setelah hampir sebulan ketiadaan guru besar, akhirnya sejarah tercipta apabila  Cikgu Mohd Hasri b. Hassan telah dilantik menjadi Guru Besar di SKPI dan sekaligus menjadi guru besar lelaki pertama memimpin SKPI semenjak sekolah ini dibuka pada tahun 2002.
Sebelumnya, beliau bertugas sebagai Guru Besar di SK Batu Maung.

Warga SKPI menyambut kehadiran Tuan Guru Besar dengan penuh harapan untuk sama-sama berganding bahu ke arah kecemerlangan sekolah ini.  Diharap menerusi kepimpinan GB, kita dapat sama-sama menjayakan visi dan misi sekolah untuk melonjakkan prestasi SKPI dalam semua aspek.


Selamat Bertugas di SKPI, Cikgu Mohd Hasri Bin Hassan

Sunday, April 21, 2013

Action Song SKPI 2013

SKPI Action Song Team 2013 akan bertanding dalam Pertandingan Karnival Bahasa Inggeris R19 pada 25 April 2013 di SK Pendidikan Khas Alma.  Berikut merupakan video semasa latihan di dewan sekolah.

Mereka terdiri daripada 15 pelajar Tahun 3 yang terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan Action Song. 

Friday, April 19, 2013

Program Nilam-Aktiviti Rakan Pembaca

Program NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca terdiri daripada dua peringkat.
Peringkat Pertama
Tahap Jauhari dalam Program Nilam adalah untuk membina kemahiran dan menanam minat suka membaca.
Tahap Pengiktirafan NILAM Jauhari

Bilangan Buku Yang Dibaca                 Pengikhtirafan
90 – 179 buah buku                             Gangsa
180 – 269 buah buku                           Perak
270 – 359 buah buku                           Emas
360 buah buku ke atas                         NILAM

*Pelajar yang telah membaca 100 buah buku dan ke atas layak ke Peringkat Kedua.


Peringkat Kedua
Tahap Rakan Pembaca dalam Program Nilam pula membantu perkembangan penggunaan bahan dan peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai jenis aktiviti membaca.

Ciri-ciri Tahap Rakan Pembaca
-mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca

-fokus kepada kebolehan pelajar untuk membimbing serta menarik minat pelajar lain supaya turut minat
 membaca.

-syarat penyertaan adalah seseorang pelajar telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku dalam
  Tahap Jauhari.

-Aktiviti Tahap Jauhari perlu diteruskan bagi pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti Rakan
  Pembaca

Contoh aktiviti untuk mengumpul markah bagi Tahap Rakan Pembaca
Bercerita – di mana pelajar RP itu menceritakan kandungan sesebuah buku yang dibacanya kepada bilangan pendengar 5 orang atau lebih.
Dianugerahkan 5 markah

Baca Bersama – di mana pelajar RP membimbing sekumpulan 5 atau lebih pelajar membaca sesebuah buku. Pelajar RP perlu ada idea isi-isi utama dalam buku itu dan apakah pengajaran yang didapati setelah membaca buku itu.
Dianugerahkan 5 markah

Meminjam Buku - di mana pelajar RP meminjamkan buku yang telah dibacanya kepada 5 orang atau lebih rakan-rakannya dan si peminjam telah membaca buku itu serta menulis synopsis buku itu secara sendiri.
Dianugerahkan 5 markah

Ulasan Buku - di mana pelajar RP dapat menyampaikan semula kandungan utama sesebuah buku yang telah dibacanya dengan ayat-ayat sendiri kepada sekumpulan 5 atau lebih pendengar.
Dianugerahkan 5 markah

Bicara Buku - di mana pelajar RP membicarakan kandungan sesebuah buku kepada sekumpulan pendengar. Pelajar RP itu perlu boleh membentangkan inti pati kandungan buku itu secara menarik dan menimbulkan minat yang tinggi di kalangan pendengarnya supaya mereka sendiri akan membaca buku itu kelak. Melibatkan 5 atau lebih pendengar.
Dianugerahkan 5 markah

Debat Buku - di mana pelajar RP mengetuai satu sesi debat terhadap kandungan sesebuah buku. Prasyaratnya ialah semua pelajar yang terlibat telah membaca buku itu. Pertukaranpendapat yang agresif tentang kandungan buku itu adalah petanda sesi itu berjaya dan layak diberi markah. Melibatkan 5 atau lebih ahli kumpulan
Dianugerahkan 5 markah

Pidato (public speaking) – di mana pelajar RP dapat menceritakan kandungan sesebuah buku di khalayak ramai dengan gaya penyampaian dan gerak geri anggota badan untuk mengukuhkan hujahnya dengan matlamat tulen iaitu di akhir sesi pidatonya, pendengarnya akan berminat untuk membaca buku itu. Melibatkan 5 atau lebih pendengar.
Dianugerahkan 5 markah


Sistem Ganjaran RP
Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh pelajar direkodkan dalam Buku Nilam Tahap Rakan Pembacayang boleh dibeli dari Pusat Sumber. Sesi yang diadakan akan disahkan dan diberi markah oleh guru-guru pembimbing rakan pembaca. Pemberian markah adalah seperti berikut:

MARKAH PENGIKTIRAFAN
100-199         Gangsa

200-299         Perak
300-399         Emas
400 ke atas     NILAM

Thursday, April 18, 2013

Jom...Baca Beramai-Ramai

Aktiviti Membaca Secara Beramai-Ramai terus dijalankan bagi tahun 2013.  Ianya merupakan salah satu aktiviti Bacaan NILAM.  Para pelajar dikehendaki membawa bahan bacaan ke tapak perhimpunan untuk dibaca selama 10 minit.  Aktiviti ini dilakukan pada pukul 7.30 pagi setiap Khamis.  Aktiviti ini dikendalikan oleh Unit Aktiviti Pusat Sumber bersama Panitia BM. 
Diharap aktiviti sedemikian dapat memupuk tabiat membaca di kalangan pelajar SKPI serta melonjakkan Rekod Bacaan Nilam SKPI.
   

Cikgu memberi taklimat ringkas tentang aktiviti membaca beramai-ramai.


Jom baca beramai-ramai. Janganlah jadi katak di bawah tempurung. Bacalah buku untuk meluaskan pengetahuan. Jadikan buku teman karib anda.

Sunday, April 14, 2013

Kejohanan Hoki MSSPP 2013

Kedua-dua team Hoki SKPI telah berjaya meraih tempat pertama dalam Kejohanan Hoki MSSPP yang diadakan sepanjang minggu 8-13 April di SMK Mutiara Impian. 

 Pemain Hoki terbaik (Perempuan) - adik Salina Abdullah


Pemain Hoki terbaik - adik Putera Ahmad Syahmie bin Ahmad Aswad


 Pasukan Hoki Lelaki

Pemain-Pemain Lelaki bersama pengurus pasukan-Cikgu Gladys serta jurulatih-Cikgu Husni & Cikgu Zulfazila.




Friday, April 12, 2013

Sambutan Majlis Hari Jadi Pra

12 April 2013, Pra Ceria, Pra Indah dan Pra Permai yang terdiri daripada 75 orang pelajar bersama tiga orang guru serta tiga orang pembantu telah mengadakan satu majlis Hari Jadi untuk murid-murid yang dilahirkan pada bulan Jan-Mei.  Pihak Restoran MarryBrown telah hadir ke sekolah untuk mengendalikan majlis tersebut.  Adik-adik kecil gembira sambil berseronok dengan mascot MB, Mr. Chipmunks dalam nyanyian dan permainan. 







Wednesday, April 10, 2013

Festival Nasyid Negeri Pulau Pinang 2013

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Tahun 2013 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 10 April yang bertemakan “ Al Quran Penjana Wasatiyyah Ummah". 

Pasukan Nasyid Lelaki SKPI berjaya mendapat tempat ke-dua.  Tahniah diucapkan.


Majlis Penyampai Hadiah di Perhimpunan Rasmi Sekolah








Tuesday, April 9, 2013

KWAPM SKPI 2013

Pemberian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

9 April 2013, bantuan KWAPM telah diagihkan kepada murid-murid yang disahkan layak menerima bantuan.  Tigaorang pegawai dari BSN telah hadir ke sekolah untuk menjalankan prosedur pengagihan wang tersebut kepada murid-murid berkenaan. 

 Murid penerima bantuan KWAPM adalah di kalangan murid miskin warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga 6.

Bantuan persekolahan sebanyak RM200 bagi setahun
                                                  dan
Status MISKIN - Bayaran bulanan sebanyak RM25 seorang untuk tempoh 10 bulan
Status MISKIN TEGAR - Bayaran bulanan RM50 seorang untuk tempoh 10 bulan






Saturday, April 6, 2013

LDP SKPI ke-4

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE-4
Tarikh :- 6 April 2013
Tajuk :- Penambahbaikan Dalam Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Penceramah :- Cikgu Rohani Daud

Tentatif Program
Penambahbaikan Pengurusan Fail KSSR
Instrumen Jaminan Kualiti PBS
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
Sesi soal Jawab