Thursday, February 28, 2013

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah & Pengawas PSS 2013

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 1 &2 Mac 2013
Pendaftaran Peserta pada 1 Mac, 9.00 pagi di dewan SKPI.
Para pengawas dikehendaki memakai pakaian dan kasut sukan sepanjang kursus dijalankan.  Sila bawa barang keperluan masing-masing yang secukupnya untuk aktiviti selama 2 hari 1 malam. 

Tuesday, February 26, 2013

Kejohanan Ragbi Rimau [12 tkb] MSSPP 2013

26 Februari 2013
SKPI menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Ragbi Rimau 12 tkb MSSPP-Peringkat Negeri.  Ianya telah dirasmikan oleh Tn Hj. Abu Bakar b. Muad, Ketua Sektor Pengurusan dan Kemanusiaan, JPPPP. 






Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi rimau SKPI yang berjaya meraih Johan dalam Kejohanan Ragbi Rimau MSSPP (12tkb) selama tiga tahun berturut-turut. 
Pasukan Ragbi SKPI diiringi pengurus pasukan dan jurulatih iaitu Cikgu Firdaus dan Cikgu Sopian.  


Monday, February 25, 2013

Larian Perpaduan Pulau Pinang 2013

LARIAN PERPADUAN 2013
[anjuran Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang]

TARIKH   : 24 Februari 2013 (Ahad)

MASA      : 6:00 pagi
TEMPAT : Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands,
                  Jalan Padang Victoria, Pulau Pinang

Pihak sekolah telah diwakili oleh 8 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan.  Pelajar SKPI berjaya mengondol beberapa pingat serta piala dalam katergori pelajar 12 TKB (lelaki/perempuan).
Di antara pemenang adalah

Kategori Lelaki 12 tahun ke bawah
Muhamad Lutfil Hadi (5A) - tempat ke 5
Muhammad Haikal Danial (5J) - tempat ke 8
Muhammad Haikal Zamzuri (6I) - tempat ke 15
Muhammad Haikal Hilman (5A) - tempat ke 16
A. Afiq Haikal Amin Zaki (5A) - tempat ke 29

Kategori Perempuan 12 tahun ke bawah
Aida Afrina bt Hasnizam (6R) - tempat ke 11
Zarieth Alia Syafiqah bt Mohd Rafie (6R) - tempat ke 16
Farah Hanim bt Ahmad Sobri (6R) - tempat ke 17

Tahniah kepada pelajar SKPI...!

Sunday, February 24, 2013

Mesyuarat Agung PIBG 2013

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKPI kali ke 11 telah disempurnakan pada 23 Februari(Sabtu).  Ianya dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Tengah, En. Ahmad bin Darus.



Friday, February 22, 2013

Pertukaran PK Ko Kurikulum

Penolong Kanan Ko-Kurikulum SKPI, En. Sabri bin Kassim akan bertukar ke SK Sungai Rambai sebagai PK HEM mulai 18 Februari. PSS mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.


Saturday, February 9, 2013

Happy Chinese New Year

PSS wishes Teacher Gladys, Teacher Evelyn, Teacher Yeap and chinese students of SKPI a blissful Chinese New Year. 

Monday, February 4, 2013

Majlis Simbolik Penyerahan Tali Leher

Perhimpunan rasmi pagi Isnin tadi telah diadakan satu upacara simbolik penyerahan tali leher kepada para pelajar SKPI.  Mulai hari ini, setiap pelajar lelaki dan murid perempuan bukan Islam yang memakai pinafore diwajibkan memakai tie berwarna biru turquoise agar nampak lebih kemas dan segak. Majlis disempurnakan oleh guru-guru darjah masing-masing.


Sunday, February 3, 2013

Prog. Jaya Waris SKPI -1 [2013]

2 Feb (Sabtu) - Program Jaya Waris diadakan khas untuk para waris kepada murid-murid Sek. Keb. Permai Indah. Seminar yang bertajuk "Kepedulian ibu bapa terhadap anak-anak" ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKPI. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Mohd Arif B Hj Mat Noor dan Dr. Kamaruddin.  Turut hadir bersama YDP PIBG, Tn Hj Zainol Abidin b Ismail. 



Saturday, February 2, 2013

LDP 2 (2013)

2 Feb (Sabtu), dua orang pakar motivasi dari QSI Holistic Therapy iaitu Dr Mohd Arif B Hj Mat Noor dan Dr. Kamaruddin telah mengendalikan satu taklimat "Keprofessionalisme Keguruan"untuk guru-guru SKPI



Friday, February 1, 2013

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah

Maulidul Rasul SKPI telah disambut dengan penuh meriah pada 1 Feb. 





 Perarakan Maulidul Rasul

 Pertandingan Tulisan Khat

Dalam masa yang sama, pelajar bukan Islam turut melibatkan diri dalam aktiviti merekacipta penanda buku, mewarna gambar serta pertandingan tulisan Bahasa Tamil.