Saturday, July 21, 2012

Ihya Ramadhan SKPI

Ihya Ramadhan telah dijalankan pada 20 Julai 2012.

Friday, July 20, 2012

Selamat berpuasa

Kepada semua warga SK Permai Indah,

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Monday, July 16, 2012

Karnival Hoki Mini 2012

Pasukan Hoki SK Permai Indah sekali lagi berjaya memperolehi kejayaan di dalam Karnival Hoki Mini (Perbangunan MSSPP 11 TKB).
Keputusan
Pasukan Lelaki         - Johan
Pasukan Perempuan -  Naib Johan

Tahniah diucapkan.







Kejohanan Bola Sepak B10 2012

Kejohanan Bawah 10 Tahun dianjukan oleh Akademik Bola Sepak SK Pauh Jaya dengan kerjasama PIBG & PPD Tendah.

Berlangsung di Padang Politeknik Seberang Perai pada 14-15 Julai 2012.  Sebanyak 32 pasukan bertanding dan SKPI berjaya mengondol tempat ke-4.  TAHNIAH kepada pasukan SKPI





Saturday, July 14, 2012

Kebocoran Siling di PSS

Kerosakan Siling di Perpustakaan akibat air. 

Masalah tersebut mula berlaku apabila tangki air yang terletak tepat di atas bangunan Pusat Sumber berlaku kebocoran.  Akibat ditelan usia, saluran paip yang menghubungkan tangki air kepada kawasan sekolah telah mengalami kebocoran. Air meresap masuk ke dalam ruang bacaan Pusat Sumber dari bahagian siling.  Beberapa bahagian siling menjadi lembap dan rentak akibat terdedah kepada air.  Keadaan menjadi serius apabila air kelihatan menitis dari siling yang reput di mana tangki air ditempatkan di atas bumbung. 

Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mencari punca kebocoran paip.  Kerja-kerja pemasangan paip baru telah dijalankan untuk mengantikan paip yang rosak.

Kesan retak pada siling
                                                         Kesan lembapan air pada siling


Gantian paip baru
                                          Barang perkakas untuk kerja-kerja pembaikan

                                     Lantai simen dikorek untuk mencari punca cantuman paip

Saluran paip yang lama
                                                                    Saluran Paip baru
                                                                 Lantai telah ditampal

Masalah kebocoran telah diatasi setelah kerja-kerja pembaikan dilakukan.  Akan tetapi, keadaan siling di ruang perpustakaan tidak dapat digantikan kerana tiada peruntukan. 

Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya terdapat para dermawan yang sanggup menghulurkan bantuan untuk membaiki siling tersebut. 

Sila hubungi pihak sekolah di talian 04-5023357.  Terima kasih.

Tuesday, July 10, 2012

Senarobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

10 Julai 2012, Selasa
Senamrobik Serentak 1Murid  ISukan IMalaysia (1Malaysia 1Student 1Sport) telah berlangsung di dataran SKPI tepat jam 8.00 pagi.  Warga sekolah yang terdiri daripada guru seramai 57 orang berserta 850 orang pelajar telah sama-sama melakukan senaman yang diiringi muzik.

Acara senamrobik ini dijalankan serentak di semua sekolah di seluruh negara yang telah dirasmikan oleh
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Beliau telah menyeru supaya murid-murid sekolah menceburi dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan menurut dasar 1Murid 1Sukan.  Budaya bersukan di sekolah haruslah dipupuk.

















Sunday, July 1, 2012

Tandas 5-Mutiara

Pertandingan Tandas Lima Mutiara Sekolah Rendah & Menengah 2012
Ianya berfokus kepada tatacara penggunaan dan penjagaan kebersihan secara menyeluruh oleh warga sekolah. 

Tarikh Perlaksanaan - Julai~September 2012
Objektif


-memberi kesedaran kepada warga sekolah mengenai kepentingan amalan kebersihan yang menyumbang kepada kesihatan tubuh badan.
-menggalakkan warga sekolah untuk menjaga serta mengekalkan kebersihan dan kekemasan tandas bersih sepanjang masa
-memberi peluang kepada warga sekolah untuk membuat perubahan sikap pengguna dan penambahbaikan peraturan yang sedia ada.
-memberi keselesaan kepada semua pengguna

SKPI mengambil peluang ini untuk menyertai pertandingan tersebut. Para guru telah bekerjasama untuk menjalankan tugas menceriakan tandas-tandas di sekolah ini.  Tandas sekolah telah dinamakan sebagai "Hentian Lega".